31 January 2012

MESTI BACA !! PUTUS PUTING AKIBAT KEGHAIRAHAN TERLAMPAU


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 malaysia.

Putus puting akibat keghairahan? Itulah topik kali ini yang ingin dikongsi buat semua pembaca. Apakah yang dikatakan dengan keghairahan? Keghairahan ini boleh ditakrifkan sebagai tindakan nafsu atau keinginan yang amat berlainan dan berkecenderungan terhadap sesuatu tindakan. Keghairahan ini juga merupakan gerakan nafsu yang sensitif apabila kita membayangkan tentang sesuatu kebaikan atau kejahatan. Sebenarnya keghairahan ini berbeza mengikut haluan bergantung pada setiap gerakan atau usaha ke arah sesuatu tujuan itu. Inilah perkara yang telah berlaku sebenarnya.

29 January 2012

SUPERMAN YANG KIAN DILUPAKAN


Superman Tersangkut Di Dinding
Superman merupakan watak fiksyen dan adiwira DC Comics yang julung kalinya muncul dalam Action Comics pada tahun 1938 dan dianggap sebagai salah seorang wira fiksyen yang terhebat di dunia. Superman direka oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Kisah Superman dirakam dalam bentuk komik, rancangan televisyen, filem dan permainan video.


Watak Superman dilahirkan di planet Kripton dan sebagai Kal-El dan dihantar ke bumi oleh ibu bapanya sebagai waris terakhir planet asalnya sebelum planet tersebut meletup dan menemui hari kiamatnya. Roket yang memgangkut bayi bernama Kal-El itu mendarat di pekan Smallville, AS dan ditemui oleh pasangan Jonathan dan Martha Kent.
Kal-El dinamakan semula oleh ibu bapa angkat tersayangnya sebagai Clark Kent. Sewaktu membesar dan hidup bersama makhluk bumi yang biasa, Clark menyedari bahawa dia mempunyai kuasa super yang terpendam selama ini. Apabila dewasa, Clark bekerja sebagai seorang wartawan bagi akhbar Daily Planet di kota Metropolis dan diiringi Lois Lane.

28 January 2012

APA ITU FACEBOOK ?


Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

10 FAKTA MENGENAI FACEBOOK


Sehari tidak berfacebook hidup tidak akan sempurna tanpanya. Itulah lumrah kehidupan masakini. Adakah anda merasakannya begitu? Apakah kebaikan dan juga keburukan yang diperolehi dalam berfacebook ini? Kali ini ariff ingin kongsikan 10 fakta mengenai facebook yang perlu anda tahu.



SEJARAH PENUBUHAN FACEBOOK INC.



Seperti mana yang anda tahu sudah pastinya laman sosial yang paling popular masakini adalah facebook kan? Adakah anda tahu sebelum tertubuhnya facebook ini, Mark Zuckerberg iaitu pengasasnya telah membina sekurang-kurangnya dua laman sosial yang terdahulu sebelum terhasilnya facebook ini. Ayuh kita selami kepayahan Zuckerberg dalam mengasaskan facebook sehingga menjadikan beliau seorang billionair di usia muda ini.

FAKTA MENGENAI FACEBOOK INC.


Adakah anda tahu siapakah yang terlibat dalam penubuhan facebook? Bilakah diasaskan? Dimanakah pejabatnya? Siapakah orang-orang pentingnya? Bilakah ianya dilancarkan? Berapakah pendapatannya? Berapa ramaikah kakitangannya dan siapakah pengasasnya? Jika anda ingin tahu, teruskan membaca ..


27 January 2012

TOMB RAIDER : LARA CROFT 2012 (ALISON CARROL)


Lara Croft adalah watak fiksyen dan protagonis Enix Square (sebelum ini Eidos Interactive) dalam permainan video siri Tomb Raider. Beliau dibentangkan sebagai ahli arkeologi British yang cantik, bijak, dan olahraga pengembara yang sama ke dalam makam, purba merbahaya dan runtuhan di seluruh dunia. Dicipta oleh Toby Gard dalam tempoh pekerjaannya di UK Design Core dimana watak mula-mulanya muncul dalam tahun 1996 permainan video Tomb Raider. Watak ini juga telah muncul dalam sequels permainan video, dicetak penyesuaian, satu siri filem-filem pendek animasi, filem (digambarkan oleh Angelina Jolie), dan barangan yang berkaitan dengan siri ini. Promosi Rasmi watak termasuk jenama pakaian dan aksesori, angka tindakan, dan pemaparan model. Croft telah juga diberikan lesen untuk promosi pihak ketiga, termasuk televisyen, iklan cetak, penampilan berkaitan muzik dan sebagai spokesmodel.

ALISON CARROL

SEKSUALITI WANITA # 4


DINGIN ATAU GANGGUAN BERAHI adalah merupakan fasa keempat daripada 15 fasa dalam seksualiti wanita. Di dalam fasa ini, wanita sukar untuk mencapai perasaan berahi atau pun dikenali sebagai dingin. Ini sebenarnya berpunca daripada faktor fizikal atau psikologikal atau kedua-duanya sekali. Gangguan berahi mempunyai beberapa sebab. Ini terjadi ketika perasaan berasi seksual berlaku, beberapa perkara turut berlaku kepada tubuh badan wanita itu yang mungkin tidak disedarinya.

Clitoris (anggota kelamin wanita yang sensitif kepada sentuhan) akan mengembang dan menegang akibat kemasukan darah. Di samping itu tisu yang mengelilingi pembukaan faraj dan bibir kemaluan pula merenggang membuatkan ia lebih bersedia jika berlakunya persetubuhan. Corong faraj pula akan memanjang dan mengembang di penghujungnya untuk memudahkan kemasukan zakar semasa penusukan. Kelembapan akibat daripada cairan di corong faraj akan membantu untuk menyenangkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj. Ketika itu perasaan berahi seksual akan dialami oleh tubuh badan. Walaubagaimanapun, minda tidak dapat dan tidak boleh menghayati perubahan tersebut kerana kurang selesa. Perubahan lain yang terjadi ialah peningkatan kelembapan kepada faraj. Ini berlaku akibat tindak balas rangsangan seksual.

26 January 2012

SEKSUALITI WANITA # 3


Fasa ketiga dalam seksualiti wanita adalah "DINGIN SEKS DAN KURANG DAYA SEKSUAL". Ini adalah kerana naluri daya seksual merupakan suatu kuasa yang mendorong seseorang itu berahi dan ghairah. Didapati 30% sebilangan wanita tidak mempunyai daya seksual sama sekali. Sebilangan besar wanita yang lain pula mengalami masalah kurang daya seksual dalam keadaan tertentu seperti semasa mengandung, selepas melahirkan anak, ketika memberi bayi susu badan, semasa dalam keadaan monopaus, ketika mengalami tekanan atau kemurungan dan pada bila-bila masa apabila perasaan dan emosi terganggu. Untuk sebilangan wanita yang lain pula perkara sekali sekala secara kronik.

Tanda-tanda kurang naluri dan daya seksual ialah tiada minat, keinginan, dorongan atau hasrat untuk melibatkan diri dalam hubungan kelamin dan juga tiada apa-apa perasaan atau khayalan seksual sama sekali. Walaubagaimanapun wanita suka berpeluk-pelukan dan perasaan cinta masih ada cuma yang tiada ialah keinginan atau keperluan untuk melakukan persetubuhan. Perkara ini boleh menimbulkan masalah kepada hubungan dengan pasangannya kerana ia akan merasa terasing dan tidak disayangi. Namun pada hakikatnya hubungan seksual adalah untuk mengeratkan keintiman antara suami isteri maka wanita yang mengalami masalah daya seksual perlu sedar dan perlu berusaha mengatasinya.

25 January 2012

SEKSUALITI WANITA # 2


Fasa kedua dalam seksualiti wanita adalah bertajuk "Disfungsi Seksual Wanita". Apakah yang anda tahu dan faham berkaitan tajuk ini? Tahu? Tidak tahu? Faham? Tidak faham? Apa-apa je la. Biar ariff terangkan. Ini sebenarnya adalah berkaitan dengan ketidakmahuan wanita melakukan atau gagal atau tidak berfungsi dalam hubungan seks melainkan di atas sebab-sebab tertentu. Sememangnya hasrat mana-mana wanita menginginkan hubungan keintiman seksual yang membina serta mengghairahkan untuk kesejahteraan hubungan juga kepuasan hidup bersama pasangannya namun terdapat sebilangan wanita yang tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangannya walaupun mereka nampak begitu mesra ketik bersama dan pada dasarnya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa seks penetrative ini adalah fitrah hidup manusia.

SEKSUALITI WANITA # 1


Berbalik kepada persoalan seksualiti wanita yang mempunyai beberapa peringkat (fasa) pada catatan terdahulu, kini ia dipanjangkan lagi dengan fasa pertama iaitu FASA RANGSANGAN. Adakah anda sudah tidak sabar untuk mengetahuinya? Baiklah, untuk itu ariff akan nyatakan apakah yang dikatakan dengan fasa rangsangan.

Fasa rangsangan adalah apabila rangsangan seksual itu sampai ke peringkat kemuncak, wanita akan mencapai klimaks atau kepuasan atau kelegaan rangsangan dan jika wanita hendak meneruskan keseronokan itu mengikut kehendaknya dan pasangannya, maka ia akan bersama-sama berdaya untuk meneruskan rangsangan itu tidak mustahil untuk dia mencapai kemuncak sekali lagi atau beberapa kali. Dalam keadaan kemuncak, pernafasan, tekanan darah dan degupan jantungnya akan berada dalam keadaan yang betul-betul memuncak. Apabila wanita mencapai satu peringkat selepas itu, semua tindakbalas sistem tersebut menjadi lega dan bersedia kemudian wanita mula berpeluh (sexual sweat) dan perubahan lain seperti mengalami kemerahan kulit muka dan dada (sexual flush).

SEKSUALITI WANITA YANG PERLU ANDA TAHU


Seksualiti ialah anugerah Tuhan kepada kita sebagai manusia yang berperasaan dan yang mempunyai kehendak tersendiri. Adakah anda menyedarinya? Apakah yang dikatakan dengan seksualiti wanita? Jangan kata lelaki sahaja yang tidak tahu tentangnya malahan wanita sendiri ada yang tidak mengetahui apakah yang dikatakan seksualiti wanita. Baiklah, di sini ariff ingin berkongsi maklumat dengan anda semua apakah yang dikatakan dengan seksualiti wanita.

Seksualiti adalah proses pengenalan dan kesedaran diri seseorang individu baik lelaki atau wanita. Proses ini bermula pada peringkat bayi lagi sehingga dewasa dan ke lanjut usia tua. Seksualiti ialah anugerah Tuhan kepada kita sebagai manusia yang berperasaan dan yang mempunyai kehendak tersendiri. Jadi, seksualiti itu tidak sama dengan mana-mana individu dan jantina.

Sebahagian daripada proses seksualiti ialah pengenalan tentang kehendak syahwat dan naluri seksual, hubungan kelamin, kesihatan seksual dan tanggungjawab seksual. Seksualiti manusia berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada pengenalan, pengalaman, pendedahan, pendidikan serta pengalaman yang ditimba. Seksualiti ini berada di dalam kawalan kesihatan serta dipengaruhi oleh amalan gaya hidup yang sihat dan sebagai pencegahan daripada penyakit yang boleh mempengaruhi fungsi syahwat juga naluri.

FILEM BOX OFFICE 2011


Tahun 2011 menyaksikan banyak filem tempatan yang berjaya mendapat kutipan tertinggi dan sambutan luar biasa daripada penonton. Ia merupakan petanda baik buat semua penggiat seni tanah air untuk sentiasa memantapkan karya mereka bagi tatapan penggemar filem.

Mari kita saksikan sepuluh filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang tahun 2011 mengikut carta yang diambil daripada laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

KL GANGSTER

Pada saat ini, filem arahan Syamsul Yusof merupakan filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi. "KL Gangster" yang diterajui oleh Aaron Aziz, Adyputra dan juga Syamsul sendiri ini berkisarkan permusuhan dunia samseng di ibu kota. Filem ini telah berjaya mendapat kutipan RM11.74 juta dan kejayaan "KL Gangster" tidak berhenti di situ sahaja apabila Syamsul diangkat sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa penggemar filem dahagakan filem aksi selepas industri filem dikuasai oleh genre seram satu ketika dulu.

PERISTIWA PENTING 2011


Adakah anda tahu pada tahun 2011 mempunyai peristiwa penting yang telah berlaku dan terjadi pada tahun itu? Mungkin ada yang menyedarinya dan ada juga yang tidak menyedarinya. Bagi yang menyedarinya, ariff ingin mengingatkannya semula dan bagi yang tidak menyedarinya ariff ingin anda mengetahuinya dan sama-sama la kita berkongsi serta 'menyiulkan' maklumat ini sebagaimana tagline belog ariff ini iaitu "Bukan Sekadar Belog : share & tweet". Baiklah, di sini ariff nyatakan peristiwa yang berlaku dan terjadi pada tahun 2011 mengikut bulan.

JANUARI
14 Jan - Peristiwa pertama yang berlaku di tanah Arab iaitu satu peristiwa yang menyaksikan pemberontakan telah tersebar ke seluruh tanah Arab. Ini diperkukuhkan lagi dengan kejatuhan kerajaan Tunisia selepas sebulan mengalami pemberontakan ganas. Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali telah melarikan diri ke Arab Saudi selepas 23 tahun memerintah. Menurut statistik yang dikeluarkan pihak kerajaan selepas itu, 78 pemberontak telah terbunuh dan 94 tercedera semasa demonstrasi.

21 January 2012

Youth Jam KL Team Recruitment!


Youth Jam KL Team Recruitment!: Bringing you fun and an opportunity to gain experience, the extraordinary Youth Leaders and Youth Communities of Malaysia will be organizing an all new Youth Jam 2012 at four different states in Malaysia - Penang, Kuala Lumpur, Perak and Sarawak.
With experience of influencing 50,000 youths in Malaysia, the Youth Jam Team hopes to gather 100,000 youths in 2012; engaging them in new initiatives and providing a platform for the youth to develop new skills.
For this, a team of passionate and driven youths are required to turn ideas into actions. Calling all youths in Kuala Lumpur! If you wish to join the Youth Jam Team KL, make sure to find out more in the website below. You will surely be up for a crazy ride!

Contest : Capture


Contest : Capture: In conjunction with the 1st World Congress on Healthy Ageing 2012 happening this March, the Malaysian Healthy Ageing Society (MHAS) is giving you the opportunity to bring out your keen eye and snap some winning shots!By capturing your idea of

How can you eat that cute panda?


How can you eat that cute panda?: Millions of people around the globe look into the future hoping for a brighter one with each new day.
But we could lose our natural gifts.
Everyday someone consumes an endangered species.
Everyday someone pollutes the ocean, killing healthy marine life.
Everyday a forest is threatened by deforestation.
Everyday wildlife gets killed for sale.Without healthy forest and marine ecosystems, our food supply would be adversely affected. Without healthy forests, we could lose our freshwater sources, ultimately depreciating our quality of life.
By helping to protect our environment, we are also protecting our livelihoods, food and water supply; securing our good quality of life and our children's bright future.
Make the right call and pledge to

Free The Children


Free The Children: Free The Children focuses on the betterment of millions of starving children in third world countries. Unlike charitities that push for donations, this is not one of them.In effort to raise awareness, individuals are given a platform to take action where a simple 2-seconds act of clicking

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki)


Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki): A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

We have our FIRST Winner, now guess the 2nd Ang Pow!


We have our FIRST Winner, now guess the 2nd Ang Pow!: Can you guess how much's in the ang pow?

We're giving out 3 mystery ang pows!

First ang pow(RM96.50) : 20 Jan 2012 (Winner : Yanyun Chan)



Second ang pow(?) : 23 Jan 2012 (Mon)
Third ang pow(?) : 25 Jan 2012 (Wed)

All three ang pows have different amounts ;)
How to begin?
1. Share this social recommendation by generating your unique URL below.
2. Post it on your Facebook or Twitter status with any one of the following messages :
For Facebook :

Learn practical fitness, health and nutrition tips from these PETRONAS Syntium Team drivers! #petmos


Learn practical fitness, health and nutrition tips from these PETRONAS Syntium Team drivers! #petmos: Did you know that PETRONAS Syntium Team drivers - Fariqe Hairuman, Ooi Fei Hoong, Dominic Ang, Nobuteru Taniguchi, Masataka Yanagida & Tatsuya Kataoka not only race together, they work out together too. In this week's online episode of motorsports@PETRONAS, we follow them as they go through their fitness regime in preparation for the Super Takyu Endurance Series.

Don't you wish your car could transform into this whenever there's a jam?!!


Don't you wish your car could transform into this whenever there's a jam?!!: Don't you wish your car could transform into this whenever there's a jam?!!

Oranges make Malaysians smile


Oranges make Malaysians smile: See how Malaysians react to unattended boxes of oranges on the street. They are all sharing it with each other! Have a safe journey back home and remember to share some oranges and smiles with your loved ones during this festive season.

Bring your family on road trips with the New Proton Exora Bold. Test drive for a chance to win Malaysian F1 GP Exclusive passes & tickets!


Bring your family on road trips with the New Proton Exora Bold. Test drive for a chance to win Malaysian F1 GP Exclusive passes & tickets!: Malaysia's popular MPV is now bolder and better! With extra space and a striking design, the Proton Exora Bold offers a comfortable journey for both you and your family to travel in style.

Photographers! A priceless experience: Getting your photo exhibited at the Galeri PETRONAS. #PetronasCNY


Photographers! A priceless experience: Getting your photo exhibited at the Galeri PETRONAS. #PetronasCNY: This Chinese New Year, Petronas invites you to take photographs that will bring the theme

Will they make it on time for Chinese New Year? #PetronasCNY


Will they make it on time for Chinese New Year? #PetronasCNY: Watch the new Petronas' Chinese New Year tv commercial for 2012 here!

12 January 2012

DOA ADALAH PENAWAR PALING MUJARAB


Doa merupakan penawar yang paling banyak memberikan manfaat. Doa juga menangkal bala 'dugaan', mencegah musibah serta menghilangkannya. Doa juga dapat meringankan musibah yang bakal menimpa. Doa merupakan senjata orang beriman.

Seperti diriwayatkan oleh Hakim daripada Ali ibn Abi Thalib r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang yang beriman, tiang agama dan sinar bagi langit dan bumi".

Hubungkait doa dengan musibah yang menimpa ada tiga kategori;
  1. Apabila doa lebih kuat, musibah dapat ditolak.
  2. Apabila doa lebih lemah daripada musibah, seseorang akan terus dirundung musibah meskipun demikian, walaupun lemah doa masih dapat sedikit meringankan.
  3. Apabila sama-sama kuat, musibah dan doa akan saling menolak.

KEKELIRUAN TAWAKAL TERHADAP TAKDIR


Ramai yang berpendapat apabila telah ditakdirkan sesuatu terjadi, semuanya pasti akan terjadi baik seseorang berdoa atau pun tidak. Sebaliknya apabila telah ditakdirkan tidak berlaku, segala sesuatu itu tidak akan berlaku baik dia memohon atau pun tidak.

Orang yang berpendapat sedemikian menganggap pendapatnya benar secara mutlak sehingga dia tidak mahu berdoa sama sekali. Baginya tidak ada faedah berdoa jika apa yang diminta tidak diperolehi. Jika diikutkan pendapatnya sudah tentu akan melemahkan semua usaha.

Untuk memperbetulkan sikap seperti ini, kita harus katakan, "Bila kenyang itu telah ditakdirkan dan pasti berlaku, anda makan atau tidak sudah pasti akan kenyang. Demikian pula sebaliknya jika semua hal telah ditakdirkan tidak akan berlaku, gerak kehidupan ini tidak akan berkembang. Manusia tidak perlu kahwin, berkeluarga dan sebagainya".

11 January 2012

DOA DAN PENAWAR SAHAJA TIDAK MEMADAI


Percayakah anda doa suatu kaum yang dimakbulkan Allah SWT tidak hanya dengan lafaznya sahaja? Termakbulnya suatu doa harus dilihat kaitannya secara luas. Mungkin doa tersebut berkait dengan keperluan penting daripada orang yang berdoa disertai dengan niat yang bersungguh-sungguh ke hadrat Allah dan disokong pula oleh segala amal kebaikan. Di samping itu, doa tersebut disampaikan bertepatan dengan saat-saat ijabah. Sehingga dengan keseluruhan unsur-unsur tersebut, Allah memakbulkan doa sebagai tanda terima kasih atas segala amal baik orang tersebut.


Ramai orang menganggap bahawa rahsia termakbulnya suatu doa terletak pada lafaz yang diucapkannya sehingga dia mengucapkan lafaz doa tersebut tanpa memperhatikan kaitan dengan penyokongnya seperti yang telah disebutkan di atas. Hal seperti ini ibarat mempergunakan ubat yang berguna pada waktu yang telah ditentukan pemakainya. Apabila ketentuan ini dipatuhi, dia akan mendapatkan manfaatnya. Apabila anda menganggap bahawa cukup dengan makan ubat tersebut tanpa memperhatikan aturannya, anda telah merasa pasti akan mendapatkan hasil yang diharapkan. Ini jelas sekali salah. Namun kenyataannya, anggapan inilah yang sering muncul.

SYARAT-SYARAT DOA MUSTAJAB


Doa serta permohonan perlindungan kepada Allah SWT adalah senjata. Kekuatan senjata tidak semata-mata terletak pada tajamnya melainkan juga pada pemakainya. Apabila sangat tajam dan digunakan oleh tangan yang kuat, sudah pasti tanpa penghalang senjata itu secara ampuh akan mengalahkan musuh.

Apabila salah satu syarat tersebut hilang, hilanglah kesannya. Demikian pula dalam masalah doa. Bila doa itu sendiri kurang baik atau yang berdoa juga tidak memberi tumpuan, baik hati mahupun lidah yang mengucapkannya atau kerana hambatan lain maka doa tersebut tidak akan membekas sama sekali dan orang tersebut tidak mendapat apa-apa.

WAKTU-WAKTU IJABAH


Waktu-waktu Ijabah adalah waktu Allah menjawab doa kita. Waktu ijabah ada enam iaitu:
  1. Sepertiga terakhir daripada waktu malam.
  2. Waktu azan dikumandangkan.
  3. Waktu azan dan iqamah.
  4. Selesai solat fardhu.
  5. Waktu imam naik mimbar hingga selesai solat pada hari itu.
  6. Pada waktuwaktu terakhir setelah solat Asar.
Selain waktu-waktu ijabah tersebut, harus pula diperhatikan adab dalam berdoa iaitu:
  1. Hati benar-benar merasa hadir dan bertemu dengan Allah SWT sehingga mampu menumpukan secara khusyuk.
  2. Merendahkan diri serta tunduk khusyuk ke hadratNya.
  3. Mengadap ke arah kiblat.
  4. Mengangkat tangannya kepada Allah.
  5. Harus dalam kedaan suci. Kalau boleh dalam keadaan berwudhuk.
  6. Memulainya dengan pujian kepada Allah misalnya membaca 'Alhamdulillah' kemudian membaca selawat ke atas Nabi.
  7. Sebelum menyampaikan keinginan, seseorang terlebih dahulu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.
  8. Mengajukan permohonan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.
  9. Berdoa dengan penuh harap dan takut, bertawasul kepadaNya dengan nama-nama dan sifat-sifatNya serta mengesakanNya.
  10. Mengeluarkan sedekah sebelum berdoa.
Sesungguhnya doa seperti itu hampir tidak ditolak lebih-lebih dengan rancangan Allah atau seperti yang dikatakan oleh Nabi. Doa tersebut akan mendapatkan ijabah (Allah menjawab doa-permintaan).

09 January 2012

KEGAGALAN SUATU DOA


Perkara-perkara yang mempengaruhi gagalnya suatu doa adalah sifat tergesa-gesa dalam menanti termakbulnya doa. Hamba yang berdoa tersebut terlalu terburu-buru. Dia merasakan ijabahnya lambat atau terlalu lewat datang hingga akhirnya membuat ia merasa putus asa dan akhirnya dia meninggalkan doa sama sekali.

Perumpamaan orang seperti ini adalah seperti seorang pesawah yang menanam biji-bijian. Dia memberi perhatian penuh kepada tanamannya dan selalu menyiramnya. Namun, setelah melihat hasil tuainya kurang sempurna tidak seperti yang diharapkannya, akhirnya dia meninggalkan dan mengabaikan tanamannya itu. Hasilnya bukan tuai yang banyak melainkan kegagalan yang berpanjangan.

Dalam shahih Bukhari, ada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

MANFAAT KESUNGGUHAN DALAM BERDOA


Penawar yang paling mujarab ialah doa dengan cara yang bersungguh-sungguh. Ibn Majah meriwayatkan dalam kumpulan hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah murka kepadanya".

Dalam kitab al-Hakim daripada hadith yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu enggan untuk berdoa. Sesungguhnya seseorang tidak akan binasa bersama doa ketika dia berdoa".

Auzai menceritakan daripada Zuhri yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa".

Maksudnya, orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa dan dia tidak berhenti daripada doanya itu sebelum ada ijabah atau 'jawapan' daripada Allah, maka doanya akan dimakbulkan".
Dalam az-Zuhud, Qutadah mengutip kata-kata Muwarraq, "Aku mendapatkan pada orang mukmin satu contoh, yakni seorang lelaki ditengah laut terapung di atas papan, lalu dia berdoa, 'Ya Allah, ya Allah'. Dia berharap Allah mahu menyelamatkannya. Doa seperti ini akan memperolehi jawapan daripada Allah".



05 January 2012

PENDAPATAN SAMPINGAN SEUMUR HIDUP


SETIAP PENGIKLAN YANG ANDA PERKENALKAN, ANDA AKAN MENERIMA 3 % DARIPADA JUMLAH YANG MEREKA IKLANKAN. SEBARKAN "LINK" INI UNTUK MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN. PENDAPATAN SAMPINGAN 3 % SEUMUR HIDUP.  
                              SEBARKAN.

04 January 2012


PILIHAN KASTURI


PENGGUNAAN MINYAK WANGI KASTURI DALAM PERUBATAN ISLAM


Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah :
  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi pada point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah :
  1. Sapu pada ubun-ubun.
  2. Belakang telinga kiri dan kanan.
  3. Di semua hujung jari tangan, kaki. kuku dan kulit.
  4. Dua lubang hidung.
  5. Dua lubang telinga.
  6. Dua kening berdekatan mata.
  7. Sekeliling mulut.
  8. Dua puting payu dara.
  9. Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
  10. Lubang pusat.
  11. Leher kiri dan kanan.
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq, Kasturi Hitam dan Kasturi Putih’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi. Insya'Allah.
  1. Solat
  2. Membaca Al-Qur'an
  3. Pergi ke masjid
  4. Menyambut Hari Raya
  5. Bertemu dengan tetamu
  6. Bersama suami isteri
  7. Pada hari Jumaat
  8. Menuntut ilmu
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud ; " Empat perkara daripada sunnah para rasul: 
1. Perasaan malu 
2. Memakai wangian 
3. Bersiwak 
4. Bernikah" (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
SabdaNya lagi: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

ASAL USUL WANGIAN KASTURI


RUSA / KIJANG KASTURI
Rusa Kasturi ialah sejenis haiwan artiodaktil dalam genus moschus, satu-satunya genus dalam family moschidae. Rusa kasturi lebih primitif berbanding cervidae kerana tiada tanduk atau kelenjar muka, cuma sepasang puting, ada pundi hempedu, pundi kauda, sepasang gigi seakan-akan gading dan pundi kasturi yang membawa kepentingan ekonomi kepada manusia. Rusa ini tinggal dalam habitat belukar alpine berhutan dalam pergunungan Asia selatan, terutamanya banjaran Himalaya.
SIFAT RUSA / KIJANG KASTURI
Rusa Kasturi menyerupai rusa kecil yang bersusuk badan pendek dan gempal, serta kaki belakang yang lebih panjang berbanding kaki hadapannya. Rusa kasturi berukuran 80-100 cm panjang, 50-70 cm tinggi hingga paras bahu, dan 7–17 kg berat. Kaki rusa kasturi sesuai untuk memanjat rupa bumi yang kasar. Rusa kasturi tidak bertanduk, namun yang jantan ada gigi taring atas yang besar umpama taring lengkung. Formula pergigiannya seiras dengan rusa sebenar, iaitu: upper: 0.1.3.3 / lower: 3.1.3.3
Kelenjar Kasturi hanya terdapat pada rusa kasutri jantan dewasa, iaitu dalam pundi yang terletak di antara alat kelamin dan pusatnya, barangkalinya dirembeskan untuk menarik pasangan betina.
Rusa kasturi ialah haiwan maun yang tinggal dalam persekitaran hutan berbukit-bukau yang agak berjauhan dari penempatan manusia. Seperti rusa sebenar, rusa kasturi biasanya makan daun, bunga, rumput, dan juga sedikit lumut serta liken. Rusa kasturi ialah haiwan bersendirian yang meninggalkan bau dengan kelenjar kaudanya untuk menandakan wilayahnya. Rusa kasturi yang segan-silu ini berjaga pada waktu malam atau senja.
Pada musim mengawan, rusa kasturi jantan meninggalkan wilayahnya untuk merebut pasangan dengan gadingnya sebagai senjata. Rusa kasturi betina melahirkan seekor anak selepas bunting 150-180 hari. Anak rusa kasturi yang baru lahir amat kecil dan tidak boleh bergerak-gerak untuk bulan pertama hidupnya, itupun senang untuk menyorokkan diri dari pemangsa.
PANGGILAN RUSA KIJANG KASTURI DALAM BAHASA ENGLISH. 
Dalam istilah dunia perfume, musk adalah sekresi aroma yang diproduksi kelenjar perut rusa jantan tak bertanduk (musk deer). Rusa ini hidup di Asia tengah dan di pergunungan Himalaya.

KHASIAT KASTURI


Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman. Abu Yusuf Ya'quq Ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman. Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama kitab Kimiya Al'itr (Book of The Chemistry of The Perfume)
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan islam yang lain, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya :
  1. Memberi kekuatan pada roh
  2. Memberi ketenangkan jiwa
  3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  4. Menghilangkan ketakutan
  5. Menghilangkan debaran jantung
  6. Menghilangkan sesak nafas
  7. Mampu menyedarkan orang yang pengsan
  8. Menjernihkan mata putih
  9. Menguatkan tubuh badan
  10. Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
  11. Perlindung kepada gangguan jin