04 January 2012

ASAL USUL WANGIAN KASTURI


RUSA / KIJANG KASTURI
Rusa Kasturi ialah sejenis haiwan artiodaktil dalam genus moschus, satu-satunya genus dalam family moschidae. Rusa kasturi lebih primitif berbanding cervidae kerana tiada tanduk atau kelenjar muka, cuma sepasang puting, ada pundi hempedu, pundi kauda, sepasang gigi seakan-akan gading dan pundi kasturi yang membawa kepentingan ekonomi kepada manusia. Rusa ini tinggal dalam habitat belukar alpine berhutan dalam pergunungan Asia selatan, terutamanya banjaran Himalaya.
SIFAT RUSA / KIJANG KASTURI
Rusa Kasturi menyerupai rusa kecil yang bersusuk badan pendek dan gempal, serta kaki belakang yang lebih panjang berbanding kaki hadapannya. Rusa kasturi berukuran 80-100 cm panjang, 50-70 cm tinggi hingga paras bahu, dan 7–17 kg berat. Kaki rusa kasturi sesuai untuk memanjat rupa bumi yang kasar. Rusa kasturi tidak bertanduk, namun yang jantan ada gigi taring atas yang besar umpama taring lengkung. Formula pergigiannya seiras dengan rusa sebenar, iaitu: upper: 0.1.3.3 / lower: 3.1.3.3
Kelenjar Kasturi hanya terdapat pada rusa kasutri jantan dewasa, iaitu dalam pundi yang terletak di antara alat kelamin dan pusatnya, barangkalinya dirembeskan untuk menarik pasangan betina.
Rusa kasturi ialah haiwan maun yang tinggal dalam persekitaran hutan berbukit-bukau yang agak berjauhan dari penempatan manusia. Seperti rusa sebenar, rusa kasturi biasanya makan daun, bunga, rumput, dan juga sedikit lumut serta liken. Rusa kasturi ialah haiwan bersendirian yang meninggalkan bau dengan kelenjar kaudanya untuk menandakan wilayahnya. Rusa kasturi yang segan-silu ini berjaga pada waktu malam atau senja.
Pada musim mengawan, rusa kasturi jantan meninggalkan wilayahnya untuk merebut pasangan dengan gadingnya sebagai senjata. Rusa kasturi betina melahirkan seekor anak selepas bunting 150-180 hari. Anak rusa kasturi yang baru lahir amat kecil dan tidak boleh bergerak-gerak untuk bulan pertama hidupnya, itupun senang untuk menyorokkan diri dari pemangsa.
PANGGILAN RUSA KIJANG KASTURI DALAM BAHASA ENGLISH. 
Dalam istilah dunia perfume, musk adalah sekresi aroma yang diproduksi kelenjar perut rusa jantan tak bertanduk (musk deer). Rusa ini hidup di Asia tengah dan di pergunungan Himalaya.