17 February 2012

MESTI BACA !! PENGHINAAN TERHADAP ALLAH SWT


* Baca sehingga habis untuk mengetahui apakah sebenarnya penghinaan terhadap Allah swt.

Murtad bermaksud meninggalkan (keluar) dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme). Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik. Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1.  Lemah pegangan agama.
2.  Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.
4. Faktor perkahwinan.

Kenyataan di atas adalah untuk menerangkan tentang maksud murtad. Apa yang ingin ariff ketengahkan adalah tentang ulasan yang dibuat di laman sesawang facebook mengenai pertikaian terhadap Allah swt. Kepada para pembaca semua, anda boleh menilai kenyataan itu pada gambar di bawah. Adakah ianya dikategorikan sebagai MURTAD? ariff inginkan pendapat dan perkongsian dari semua pembaca. Kongsi-kongsikanlah kepada kawan-kawan mengenai perkara ini.

1 comment:

Natasha Ila said...

apalah diorang ni.. dah dianggap murtad tu..