12 January 2012

DOA ADALAH PENAWAR PALING MUJARAB


Doa merupakan penawar yang paling banyak memberikan manfaat. Doa juga menangkal bala 'dugaan', mencegah musibah serta menghilangkannya. Doa juga dapat meringankan musibah yang bakal menimpa. Doa merupakan senjata orang beriman.

Seperti diriwayatkan oleh Hakim daripada Ali ibn Abi Thalib r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang yang beriman, tiang agama dan sinar bagi langit dan bumi".

Hubungkait doa dengan musibah yang menimpa ada tiga kategori;
  1. Apabila doa lebih kuat, musibah dapat ditolak.
  2. Apabila doa lebih lemah daripada musibah, seseorang akan terus dirundung musibah meskipun demikian, walaupun lemah doa masih dapat sedikit meringankan.
  3. Apabila sama-sama kuat, musibah dan doa akan saling menolak.
Dalam kitab al-Hakim diriwayatkan sebuah hadith daripada Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Kewaspadaan mu tidak ada gunanya dalam menghadapi takdir. Doalah yang berguna untuk mengantisipasi musibah yang turun mahupun yang belum turun. Sesungguhnya musibah ketika turun dihadapi oleh doa dan keduanya bertarung hingga Hari Kiamat".

Dalam kitab yang sama diriwayatkan pula, hadith daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Doa itu berfaedah bagi musibah yang telah turun dan yang belum turun. Oleh kerana itu, wahai hamba Allah, kamu harus berdoa".

Dalam kitab tersebut juga diriwayatkan hadith daripada Thaufan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada yang menolak takdir kecuali doa dan tidak ada yang menambah amal pahalanya kecuali kebaikan. Sesungguhnya seseorang tidak memperolehi rezeki mungkin kerana dosa yang dilakukannya".

No comments: