09 January 2012

MANFAAT KESUNGGUHAN DALAM BERDOA


Penawar yang paling mujarab ialah doa dengan cara yang bersungguh-sungguh. Ibn Majah meriwayatkan dalam kumpulan hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah murka kepadanya".

Dalam kitab al-Hakim daripada hadith yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu enggan untuk berdoa. Sesungguhnya seseorang tidak akan binasa bersama doa ketika dia berdoa".

Auzai menceritakan daripada Zuhri yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa".

Maksudnya, orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa dan dia tidak berhenti daripada doanya itu sebelum ada ijabah atau 'jawapan' daripada Allah, maka doanya akan dimakbulkan".
Dalam az-Zuhud, Qutadah mengutip kata-kata Muwarraq, "Aku mendapatkan pada orang mukmin satu contoh, yakni seorang lelaki ditengah laut terapung di atas papan, lalu dia berdoa, 'Ya Allah, ya Allah'. Dia berharap Allah mahu menyelamatkannya. Doa seperti ini akan memperolehi jawapan daripada Allah".



No comments: