25 January 2012

PERISTIWA PENTING 2011


Adakah anda tahu pada tahun 2011 mempunyai peristiwa penting yang telah berlaku dan terjadi pada tahun itu? Mungkin ada yang menyedarinya dan ada juga yang tidak menyedarinya. Bagi yang menyedarinya, ariff ingin mengingatkannya semula dan bagi yang tidak menyedarinya ariff ingin anda mengetahuinya dan sama-sama la kita berkongsi serta 'menyiulkan' maklumat ini sebagaimana tagline belog ariff ini iaitu "Bukan Sekadar Belog : share & tweet". Baiklah, di sini ariff nyatakan peristiwa yang berlaku dan terjadi pada tahun 2011 mengikut bulan.

JANUARI
14 Jan - Peristiwa pertama yang berlaku di tanah Arab iaitu satu peristiwa yang menyaksikan pemberontakan telah tersebar ke seluruh tanah Arab. Ini diperkukuhkan lagi dengan kejatuhan kerajaan Tunisia selepas sebulan mengalami pemberontakan ganas. Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali telah melarikan diri ke Arab Saudi selepas 23 tahun memerintah. Menurut statistik yang dikeluarkan pihak kerajaan selepas itu, 78 pemberontak telah terbunuh dan 94 tercedera semasa demonstrasi.

FEBRUARI
11 Feb - Pergolakan di Tanah Arab bersambung dengan perletakan jawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas bantahan besar-besaran agar beliau berundur. Beliau telah melepaskan kuasanya kepada tentera sehingga pilihanraya umum diadakan. Pergolakan selama 18 hari dipimpin oleh belia-belia Mesir yang telah menghancurkan statis politik selama 3 dekad. Ini sekaligus menggulingkan golongan berkuasa di dunia Arab.

MAC
10 Mac - Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan biografinya di Kuala Lumpur yang berjudul "A Doctor in The House". Buku yang setebal 843 muka surat itu telah telah terjual sebanyak 5,000 naskhah pada hari pertama ia dilancarkan.
 
APRIL
16 April - Barisan Nasional kekal di tampuk pemerintahan Negeri Sarawak setelah memenangi 55 kerusi ketika pilihanraya umum negeri itu. Parti itu telah kehilangan 8 kerusi kepada pembangkang.
29 April - Dianggarkan sebanyak 2 billion penonton telah menonton siaran langsung perkahwinan Duke of Cambridge, Putera William dan Catherine Middleton yang juga dikenali sebagai Kate telah berlangsung di Wesminster Abbey, London. Setelah berkahwin, Middleton dikenali sebagai Her Royal Highness Duchess of Cambridge. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir kesemua Keluarga Diraja dan juga keluarga diraja dari luar negara, diplomat serta tetamu khas pasangan diraja tersebut.   

MEI
1 Mei - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan kematian Osama bin Laden iaitu pengasas dan pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda. Dia dilaporkan terbunuh ketika operasi ketenteraan Amerika di Pakistan.
JUN
22 Jun - Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dalam meringankan beban rakyat untuk berbelanja seiring dengan kenaikan harga barang. Dengan adanya KR1M, rakyat yang berpendapatan rendah dapat membeli barang keperluan harian pada harga yang lebih murah dari harga pasaran.
JULAI
1 Julai - Setelah beroperasi selama 79 tahun, perkhidmatan keretapi Stesen Tanjong Pagar di Singapura telah diberhentikan perkhidmatannya setelah termeterainya perjanjian di antara Malaysia dan Singapura. Selepas penutupannya, semua perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan berakhir di Stesen Woodlands. Stesen ini telah dibina pada tahun 1932 semasa kegemilangan zaman  kolonial British yang mempunyai senibina menarik dengan mural dan arca yang menarik. Kini ia telah dipindah milik kepada Singapore Land Autority dan telah diisytiharkan sebagai monumen nasional.
9 Julai -  Sebuah perhimpunan aman yang dikenali sebagai BERSIH telah diadakan susulan daripada perhimpunan pertamanya pada tahun 2007. Ianya diisytiharkan sebagai tidak sah oleh kerajaan dan demonstrasi ini dilancarkan bagi mendesak supaya diadakan proses pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia. Beberapa orang tokoh telah ditangkap dan satu kes kematian turut direkodkan.

OGOS
3 Ogos - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama kerana mengadakan sebuah acara yang dianggap meragukan. Gereja ini didakwa mengadakan sebuah majlis memurtadkan orang Islam. Kejadian ini telah menyebabkan sedikit kekecohan di antara komuniti termasuk parti-parti politik dari pihak pemerintah dan juga pembangkang.  
SEPTEMBER
5 September - Seorang Jurukamera Bernama, Noramfaizul Mohd Nor, 40 tahun telah terbunuh selepas berlaku pergelutan senjata di Mogadishu Somalia semasa menjalankan tugas. Kejadian berlaku ketika beliau sedang membuat liputan dengan misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1 Malaysia. Beliau dipercayai menjadi seorang wartawan Malaysia pertama yang terbunuh ketika bertugas.
OKTOBER
5 Oktober - Pengasas Apple, Steve Jobs telah meninggal dunia pada usia 56 tahun setelah bertarung dengan kanser yang dihidapinya. Beliau terkenal dengan kepakarannya dalam dunia perkomputeran di mana iPhone dan iPad menjadi popular serta mejadi kegilaan para penggemar gadget. 
NOVEMBER
11 November - Peristiwa yang berlaku hanya sekali dalam 100 tahun (setiap 300 tahun untuk jatuh pada hari Jumaat seperti yang berlaku pada tahun 2011). Pada tarikh ini (11.11.11), ia telah mencatatkan jumlah majlis perkahwinan yang te  rbanyak di serata dunia.
DISEMBER
13 Disember - Buat kali keduanya, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke 14 menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kali pertama baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong adalah pada 21 September 1970 sehingga 20 september 1975.

No comments: