29 January 2012

SUPERMAN YANG KIAN DILUPAKAN


Superman Tersangkut Di Dinding
Superman merupakan watak fiksyen dan adiwira DC Comics yang julung kalinya muncul dalam Action Comics pada tahun 1938 dan dianggap sebagai salah seorang wira fiksyen yang terhebat di dunia. Superman direka oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Kisah Superman dirakam dalam bentuk komik, rancangan televisyen, filem dan permainan video.


Watak Superman dilahirkan di planet Kripton dan sebagai Kal-El dan dihantar ke bumi oleh ibu bapanya sebagai waris terakhir planet asalnya sebelum planet tersebut meletup dan menemui hari kiamatnya. Roket yang memgangkut bayi bernama Kal-El itu mendarat di pekan Smallville, AS dan ditemui oleh pasangan Jonathan dan Martha Kent.
Kal-El dinamakan semula oleh ibu bapa angkat tersayangnya sebagai Clark Kent. Sewaktu membesar dan hidup bersama makhluk bumi yang biasa, Clark menyedari bahawa dia mempunyai kuasa super yang terpendam selama ini. Apabila dewasa, Clark bekerja sebagai seorang wartawan bagi akhbar Daily Planet di kota Metropolis dan diiringi Lois Lane.

 KUASA DAN KEBOLEHANNYA

Superman memiliki kuasa luar biasa yang diterangkan melalui cogan kata "lebih cepat berbanding peluru yang memecut, lebih berkuasa berbanding keretapi lokomotif, boleh melalui atas bangunan tinggi dengan satu lompatan" (faster than a speeding bullet, more powerful than a locomotive, and able to leap tall buildings in a single bound) yang dihebahkan dalam drama radio pada dekad 1940-an. Meskipun cogan kata ini masih dipakai sehingga masa kini, batas yang dikenakan dalam cogan kata tersebut mampu diatasi Superman melalui perubahan zaman.
 
Antara kebolehan istimewa Superman yang menjadi identitinya termasuk terbang di angkasa, kekuatan dan kekebalan perkasa, kelajuan yang amat pantas, kuasa matanya (sinar-X, penghasilan haba, infra-merah, teleskopik, mikroskopik) dsb. Contoh kuasa-kuasa tersebut digunakan adalah apabila Superman mengangkat sebuah kenderaan berat dengan kepalanya sendiri, dan melompat dalam jarak 1/8 kaki dalam masa kurang sesaat.
 
Kelemahan paling utamanya ialah alahan kepada kriptonit, serpihan planet Kripton yang berubah menjadi bahan radioaktif oleh tenaga yang memusnahkan planet tersebut. Pendedahan kepada bahan ini menyebabkan kuasa perkasa Superman terus pudar dan menimbulkan rasa sakit yang amat parah dalam badannya.

WATAK JAHAT

Antara musuh ketat Superman paling utama:
  • Lex Luthor adalah seorang manusia yang berasal dari Bumi dan musuh utama Superman. Dia merupakan pemilik dan CEO syarikat besar LexCorp yang menggunakan pengetahuan saintifiknya untuk menghancurkan Superman.
  • Brainiac merupakan mahkluk berbentuk manusia (android) dan saintis dari planet Colu yang ingin menakluki Bumi.
  • Toyman adalah penjenayah gila yang menggunakan kelengkapan khusus berasaskan alat mainan kanak-kanak.
  • Darkseid adalah makhluk asing dan pemerintah planet Apokolips yang zalim dan digeruni.

No comments: