05 February 2012

MESTI BACA !! SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum, Selamat Sejahtera & Salam 1 Malaysia. Untuk kali ini ariff tidak mahu berceloteh panjang dan ariff terus ke topik yang ingin dikongsi kepada semua pembaca. Topik kali ini yang ingin ariff kongsikan adalah berkenaan dengan Maulidur Rasul. Ariff ingin bertanya kepada semua pembaca dan diri ariff juga, adakah kita tahu apa erti sebenar Maulidur Rasul? Sudah pasti kita akan menyatakan ianya adalah hari cuti umum. Jika hanya itu yang kita semua fahami mengenai Maulidur Rasul ini, nampaknya kita (termasuk ariff) masih perlu banyak lagi mendalami ilmu keislaman yang telah jauh kita tinggalkan di belakang demi mendahului ilmu-ilmu yang lain. Untuk itu marilah kita sama-sama fahami erti sebenar Maulidur Rasul.

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari bersejarah itu adalah pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul ini. Kita akan dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, ianya sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan oleh Allah. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Dengan itu marilah kita bersama-sama menyambut Maulidur Rasul ini dengan cara yang sebenar. Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

3 comments:

Dangstars said...

Selamat Hari maulid Nabi muhammad SAW

ariffsham said...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada Umat Muslimin & Muslimat di seluruh dunia..

Firdaus Kasim said...

Mari sama2 kita amalkan sunnah Nabi SAW..

p/s : nice blog bro, sy dah tukar banner