11 January 2012

DOA DAN PENAWAR SAHAJA TIDAK MEMADAI


Percayakah anda doa suatu kaum yang dimakbulkan Allah SWT tidak hanya dengan lafaznya sahaja? Termakbulnya suatu doa harus dilihat kaitannya secara luas. Mungkin doa tersebut berkait dengan keperluan penting daripada orang yang berdoa disertai dengan niat yang bersungguh-sungguh ke hadrat Allah dan disokong pula oleh segala amal kebaikan. Di samping itu, doa tersebut disampaikan bertepatan dengan saat-saat ijabah. Sehingga dengan keseluruhan unsur-unsur tersebut, Allah memakbulkan doa sebagai tanda terima kasih atas segala amal baik orang tersebut.


Ramai orang menganggap bahawa rahsia termakbulnya suatu doa terletak pada lafaz yang diucapkannya sehingga dia mengucapkan lafaz doa tersebut tanpa memperhatikan kaitan dengan penyokongnya seperti yang telah disebutkan di atas. Hal seperti ini ibarat mempergunakan ubat yang berguna pada waktu yang telah ditentukan pemakainya. Apabila ketentuan ini dipatuhi, dia akan mendapatkan manfaatnya. Apabila anda menganggap bahawa cukup dengan makan ubat tersebut tanpa memperhatikan aturannya, anda telah merasa pasti akan mendapatkan hasil yang diharapkan. Ini jelas sekali salah. Namun kenyataannya, anggapan inilah yang sering muncul.
 
Contoh lain, ada orang menganggap bahawa suatu doa untuk kepentingan yang mendesak akan termakbul apabila dilakukan di depan perkuburan. Orang-orang yang jahil menganggap bahawa rahsia termakbulnya doa itu terletak pada perkuburan bahawa dia tidak mengetahui rahsia termakbulnya doa itu terletak pada keadaan yang mendesak atau darurat dan bersandarnya orang yang berdoa itu kepada Allah semata. Kalau dilakukan di rumah Allah iaitu masjid, itu lebih afdal dan lebih disukai oleh Allah. Secara ringkas dapat dikemukakan, suatu doa dimakbulkan kemungkinan besar adalah kerana:
  1. Keadaan yang sangat penting atau darurat.
  2. Didahului dengan perbuatan baik seperti sedekah.
  3. Dilakukan pada waktu yang tepat iaitu waktu-waktu ijabah.
  4. Bersandar benar-benar kepada Allah.

No comments: