12 January 2012

KEKELIRUAN TAWAKAL TERHADAP TAKDIR


Ramai yang berpendapat apabila telah ditakdirkan sesuatu terjadi, semuanya pasti akan terjadi baik seseorang berdoa atau pun tidak. Sebaliknya apabila telah ditakdirkan tidak berlaku, segala sesuatu itu tidak akan berlaku baik dia memohon atau pun tidak.

Orang yang berpendapat sedemikian menganggap pendapatnya benar secara mutlak sehingga dia tidak mahu berdoa sama sekali. Baginya tidak ada faedah berdoa jika apa yang diminta tidak diperolehi. Jika diikutkan pendapatnya sudah tentu akan melemahkan semua usaha.

Untuk memperbetulkan sikap seperti ini, kita harus katakan, "Bila kenyang itu telah ditakdirkan dan pasti berlaku, anda makan atau tidak sudah pasti akan kenyang. Demikian pula sebaliknya jika semua hal telah ditakdirkan tidak akan berlaku, gerak kehidupan ini tidak akan berkembang. Manusia tidak perlu kahwin, berkeluarga dan sebagainya".

Adakah manusia yang dikurnia akal akan bercakap seperti itu? Sebenarnya haiwan pun telah difitrahkan untuk berusaha secara langsung memenuhi keperluan hidupnya. Pada hal haiwan-haiwan ini tidak berakal dan lebih faham daripada manusia yang jahil sekalipun.

Sebahagian mutakayyis, iaitu orang-orang yang menyangka dirinya pintar, berpendapat bahawa doa adalah pintu peribadatan urni yang ditetapkan Allah untuk para pendakwah semata-mata. Dengan kata lain, para pendakwah ditetapkan untuk tekun dalam ibadah doa tanpa terkesan oleh harapan-harapan yang muncul daripada doa itu. Oleh kerana itu, bagi mutakayyis tidak ada perbezaan antara berdoa dan tidak. Menurut mereka kedudukan doa adalah kedudukan berdiam diri. Dengn bahasa lain, kegiatan doa adalah sama dengan kegiatan diam.

Kumpulan lain yang merasa diri mereka lebih pintar daripada kumpulan di atas mengatakan bahawa doa itu merupakan tanda yang diberikan oleh Allah SWT sebagai isyarat atas terlaksananya suatu keperluan. Bila Allah menyetujui doa seorang hamba, itu adalah tanda bahawa doa yang dipanjatkan tersebut pasti (dapat) terlaksana. Perkara ini seperti awan hitam yang merupakan petunjuk datangnya hujan.

Sebab dan akibat dianggap tidak saling bertalian. Sebab tidak dianggap sebagai pemicu munculnya suatu akibat. Pendapat ini jelas bertentangan dengan akal, fitrah dan agama. Orang-orang yang berakal akan mentertawakannya. pendapat yang benar dalah sesuatu ditakdirkan dengan berbagai sebab. Salah satu daripada sebab tersebut adalah doa. Segala sesuatu ditakdirkan tidak akan terlepas daripada sebab-sebabnya. Oleh kerana itu, bila seorang hamba membawa sebab tersebut, takdir pasti berlaku. Namun, bila dia tidak membawa sebab tersebut, takdir tidak akan berlaku.

Takdir masuk syurga seperti takdir tercabutnya nafas haiwan yang disembelih. Seseorang yang masuk syurga adalah disebabkan oleh amal baik dan masuk neraka disebabkan oleh amal buruk. Ini adalah hak (kebenaran). hal seperti inilah yang sering tidak diperhatikan oleh sesiapa. Pada masalah ini, doa merupakan unsur sebab yang paling kuat.

Oleh kerana itu, tidak benar pendapat yang mengatakan bahawa berdoa tidak berfaedah, begitu pula makan, minum dan perbuatan yang lain. Pada hal tidak ada sebab yang lebih berfaedah daripada berdoa untuk memperolehi sesuatu yang diharapkan.

No comments: