17 February 2012

MESTI BACA !! PENGHINAAN TERHADAP ALLAH SWT


* Baca sehingga habis untuk mengetahui apakah sebenarnya penghinaan terhadap Allah swt.

Murtad bermaksud meninggalkan (keluar) dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme). Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik. Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1.  Lemah pegangan agama.
2.  Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.
4. Faktor perkahwinan.

12 February 2012

MESTI BACA !! BUAT DUIT ATAU DAPATKAN HADIAH PERCUMA


Dilancarkan pada tahun 2008, HB! Affiliate program markiting untuk HeartBeat.my. Dengan menghubungkan kepada produk dan perkhidmatan, anda boleh menambah kandungan untuk dinikmati pelawat tapak anda dan membuat duit daripadanya.


Bagaimana Program ini berfungsi


05 February 2012

MESTI BACA !! SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum, Selamat Sejahtera & Salam 1 Malaysia. Untuk kali ini ariff tidak mahu berceloteh panjang dan ariff terus ke topik yang ingin dikongsi kepada semua pembaca. Topik kali ini yang ingin ariff kongsikan adalah berkenaan dengan Maulidur Rasul. Ariff ingin bertanya kepada semua pembaca dan diri ariff juga, adakah kita tahu apa erti sebenar Maulidur Rasul? Sudah pasti kita akan menyatakan ianya adalah hari cuti umum. Jika hanya itu yang kita semua fahami mengenai Maulidur Rasul ini, nampaknya kita (termasuk ariff) masih perlu banyak lagi mendalami ilmu keislaman yang telah jauh kita tinggalkan di belakang demi mendahului ilmu-ilmu yang lain. Untuk itu marilah kita sama-sama fahami erti sebenar Maulidur Rasul.

04 February 2012

MESTI BACA !! RENUNGAN HARI INI # 3


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Rasulullah SAW 
bersabda yang bermaksud:

" Aku tidak diutuskan untuk mengutuk tetapi aku diutuskan
sebagai pembawa rahmat. Ya Allah tunjukkanlah aku
kepada kaum ku sesungguhnya mereka tidak mengetahui "


(Hadis riwayat Muslim)

- Nabi amat bersabar dalam kehidupannya walaupun
bila dibaling batu, dicerca dan dihina namun masih mendoakan
kebaikan orang yang menyusahkannya

MESTI BACA !! RENUNGAN HARI INI # 7


" Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu 
kerana sesungguhnya mereka adalah amanat (tanggungjawab)
yang berada di sampingmu. Barang siapa tidak memerintahkan
sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama 
kepadanya maka dia telah mengkhianati Allah dan Rasulnya "
   
- Tinggi martabat suami dan jua tanggungjawabnya.
Jangan hanya memberi kebendaan dan kasih sayang
kepada isteri tetapi solat dan ajaran agama diringankan
kerana di akhirat kelak akan dipersoalkan.

MESTI BACA !! RENUNGAN HARI INI # 4


Sabda Rasulullah SAW bersabda dalam hadis Qudsi yang bermaksud:

" Allah telah berfirman yang bermaksud: Patutlah menerima 
kasih sayangKu bagi orang yang berkumpul kerana Aku "

(Riwayat al-Tabrani)

- Hendak mendapatkan kasih Allah berkumpul lah dalam 
masjlis ilmu, zikir, bacaan al-quran dan apa jua majlis
yang membawa kebaikan seperti bekerja mencari rezeki
yang halal, menasihati kawan yang sesat dan sebagainya.







MESTI BACA !! PETUA AWET MUDA


Adakah anda sedar atau tidak, sebenarnya seks boleh menyebabkan seseorang kelihatan muda. Menurut Dr David Weeks  yang merupakan seorang Pakar Neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh yang telah membuat kajian selama sepuluh tahun berhubung kesan seks ke atas kesihatan mendapati mereka yang mengadakan seks lebih kurang tiga kali seminggu akan kelihatan  sepuluh tahun lebih muda daripada yang lain.

Hal ini disebabkan keintiman dan perasaan 
kasih sayang yang diakhiri dengan seks merangsang 
pengeluaran bahan-bahan kimia tertentu di dalam badan dan ia 
memberi kesan positif kepada kesihatan.

Bagi wanita, bahan yang merangsang proses ini ialah hormon pertumbuhan namun Dr Weeks memberi amaran perubahan-perubahan positif ini tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil daripada perbuatan mereka itu.

MESTI BACA !! RENUNGAN HARI INI # 6


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Sesungguhnya syaitan masuk ke dalam
tubuh manusia melalui saluran darah "

(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

-Persempitkanlah saluran darah kamu dengan
berlapar (makan sedikit atau berpuasa)

MESTI BACA !! RENUNGAN HARI INI # 2


Daripada Salman al-Farisi bahawa 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah Taala itu hidup lagi mulia.
Ia berasa malu apabila seseorang itu mengangkat
kedua-dua belah tangan kepadaNya lalu ia menolaknya 
dalam keadaan kosong dan kecewa kedua-duanya "


(Riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud)

- Allah malu kepada hambanya yang berdoa kepadaNya
tetapi tidak dimakbulkan doanya yang dipohan itu




MESTI BACA !! RENUNGAN HARI INI # 5


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Jangan mengganggu (menyakiti) orang lain. Itu juga 
merupakan sedekah kamu kepada diri kamu sendiri "

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Tidak membuat sesuatu yang negatif kepada
orang lain seperti menghina, mengumpat, mengutuk
dan sebagainya akan mendapat pahala.

MESTI BACA !! RENUNGAN HARI INI # 1


 LELAKI & SYAHWAT

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

" Tujuh orang yang dilindungi Allah pada hari kiamat
 di bawah naungan ArasyNya pada hari yang tidak ada
naungan selain naunganNya. Antaranya ialah seorang
lelaki yang dipanggil oleh seorang wanita jelita dan 
bangsawan kepada dirinya "


(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lalu lelaki itu menjawab:

" Aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam "








MESTI BACA !! RUMAHTANGGA KU SYURGA KU


Kehidupan alam berumahtangga yang ditempuhi banyak cabaran dan dugaannya. Ia terpulang kepada suami isteri itu sendiri bagaimana untuk mencorakkan rumahtangga mereka selaras dengan konsep " RumahKu SyurgaKu ". Pokok pangkal jika kedua-duanya mempunyai ilmu dan mempunyai pegangan agama yang kukuh, segala cabaran dapat diatasi dengan bijaksana.

Memang menjadi impian setiap orang yang ingin mendirikan rumahtangga inginkan rumahtangganya seperti syurga. Jika ianya terjadi di dalam realiti kehidupannya, lahir di dalam kenyataan yang selama ini hanya angan-angan atau di dalam harapan semata-mata, sudah tentulah indahnya hidup berumahtangga dirasakannya.

01 February 2012

MESTI BACA !! SILAP MATA ATAU MATA SILAP


Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Post kali ini ariff ingin berkongsi cerita mengenai Silap Mata atau Mata Silap. Secara realitinya, dalam dunia silap mata (Magic), bukan mudah untuk mempelajari seni itu daripada orang lain kerana kebanyakan teknik silap mata ini  memerlukan keyakinan dan kemahiran yang tinggi dalam memanipulasikan sesiapa sahaja yang melihat persembahan ini sama ada dari jarak dekat atau jarak jauh.
Magic sebenarnya lebih berkaitan dengan kebijaksanaan dalam bidang sains. Istilah silap mata membawa makna yang menjelaskan kefahaman tentang seni khayalan atau tipu muslihat. Walau bagaimanapun, dalam memiliki ilmu tersebut terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan antaranya adalah kemahiran, kefahaman dan kebolehan mentafsir serta pertunjukkan yang menarik.
Ini adalah Ahli 'Silap Mata'
























Secara dasarnya silap mata yang pernah kita tonton selama ini agak sama malah ada ketikanya setiap penonton yang melihat akan menjerit atau memuji dan juga memerli setiap kesilapan yang jelas kelihatan di mata kasar mereka. Sebenarnya ahli silap mata harus bijak menyesuaikan diri di mana sahaja mereka berada. Dengan itu, imej ahli silap mata akan berubah menjadi seorang yang luar biasa dan memukau para penonton yang melihatnya.