Adakah anda sedar atau tidak, sebenarnya seks boleh menyebabkan seseorang kelihatan muda. Menurut Dr David Weeks yang merupakan seorang Pakar Neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh yang telah membuat kajian selama sepuluh tahun berhubung kesan seks ke atas kesihatan mendapati mereka yang mengadakan seks lebih kurang tiga kali seminggu akan kelihatan sepuluh tahun lebih muda daripada yang lain.
Hal ini disebabkan keintiman dan perasaan
kasih sayang yang diakhiri dengan seks merangsang
pengeluaran bahan-bahan kimia tertentu di dalam badan dan ia
memberi kesan positif kepada kesihatan.
Bagi wanita, bahan yang merangsang proses ini ialah hormon pertumbuhan namun Dr Weeks memberi amaran perubahan-perubahan positif ini tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil daripada perbuatan mereka itu.
No comments:
Post a Comment