25 January 2012

SEKSUALITI WANITA # 1


Berbalik kepada persoalan seksualiti wanita yang mempunyai beberapa peringkat (fasa) pada catatan terdahulu, kini ia dipanjangkan lagi dengan fasa pertama iaitu FASA RANGSANGAN. Adakah anda sudah tidak sabar untuk mengetahuinya? Baiklah, untuk itu ariff akan nyatakan apakah yang dikatakan dengan fasa rangsangan.

Fasa rangsangan adalah apabila rangsangan seksual itu sampai ke peringkat kemuncak, wanita akan mencapai klimaks atau kepuasan atau kelegaan rangsangan dan jika wanita hendak meneruskan keseronokan itu mengikut kehendaknya dan pasangannya, maka ia akan bersama-sama berdaya untuk meneruskan rangsangan itu tidak mustahil untuk dia mencapai kemuncak sekali lagi atau beberapa kali. Dalam keadaan kemuncak, pernafasan, tekanan darah dan degupan jantungnya akan berada dalam keadaan yang betul-betul memuncak. Apabila wanita mencapai satu peringkat selepas itu, semua tindakbalas sistem tersebut menjadi lega dan bersedia kemudian wanita mula berpeluh (sexual sweat) dan perubahan lain seperti mengalami kemerahan kulit muka dan dada (sexual flush).
 
Seterusnya wanita akan mendapati rangsangan seksual mudah berlaku apabila dia menumpukan pada sentuhan pula samada sentuhan itu diberikan oleh pasangannya atau dia melakukan secara sendiri terhadap tubuh badan yang merangsangnya. Bahagian tubuh badan ini dikenali sebagai 'zon erotik'.

Sebilangan wanita mampu mencapai ejakulasi ketika dalam keadaan kemuncak dan ini berlaku apabila otot lantai pelvis mencengkam dan mengakibatkan kemutan. Pada ketika itu 'para urethra' tercantum kuat dan mengeluarkan cecair pekat melalui salur kencing. Fenomena ini boleh berlaku apabila bahagian langit faraj (2 hingga 3 sentimeter dari pembukaan faraj) - (G-Spot) mendapat rangsangan yang mencetuskan ejakulasi itu. Terdapat ramai wanita keliru antara cecair ini dengan air kencing. Walaupun kebanyakan wanita mampu mencapai klimaks atau orgasma, sebilangan mereka juga boleh mencapai orgasma berkali-kali dan didapati hanya lebih kurang 25% sahaja daripada mereka dapat menikmati orgasma melalui hubungan seks penetrative manakala sebilangan besar yang lain memerlukan rangsangan yang lebih atau rangsangan kepada clitoris untuk mencapai orgasma.

Gangguan orgasma atau disfungsi orgasma berlaku apabila wanita itu jarang-jarang atau tidak langsung mencapai klimaks walaupun dia dalam keadaan yang ghairah. Beberapa kajian yang pernah dijalankan melaporkan bahawa 20% daripada masalah disfungsi seksual wanita adalah masalah orgasma walaupun sebilangan besar daripada wanita mengalami perasaan dingin atau mempunyai keinginan syahwat yang rendah, masalah rangsangan dan kesakitan berkaitan dengan persetubuhan yang dikenali sebagai dyspareunia.

# Nantikan catatan seterusnya berkenaan fasa ke # 2 hingga ke # 15 ..

No comments: