25 January 2012

SEKSUALITI WANITA # 2


Fasa kedua dalam seksualiti wanita adalah bertajuk "Disfungsi Seksual Wanita". Apakah yang anda tahu dan faham berkaitan tajuk ini? Tahu? Tidak tahu? Faham? Tidak faham? Apa-apa je la. Biar ariff terangkan. Ini sebenarnya adalah berkaitan dengan ketidakmahuan wanita melakukan atau gagal atau tidak berfungsi dalam hubungan seks melainkan di atas sebab-sebab tertentu. Sememangnya hasrat mana-mana wanita menginginkan hubungan keintiman seksual yang membina serta mengghairahkan untuk kesejahteraan hubungan juga kepuasan hidup bersama pasangannya namun terdapat sebilangan wanita yang tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangannya walaupun mereka nampak begitu mesra ketik bersama dan pada dasarnya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa seks penetrative ini adalah fitrah hidup manusia.
 
Keadaan ini dikenali sebagai sexual aversion. Sekiranya perkara ini berlaku sejak awal lagi, ia dikenali sebagai prime sexual aversion dan jika berlaku setelah beberapa kali melakukan hubungan seks penetrative, ia dikenali sebagai secondary sexual aversion. Percayalah, pasangan kelamin akan berasa kurang intim tanpa hubungan persetubuhan dan lama kelamaan hubungan menjadi hambar. Wanita yang mengalami masalah ini akan cuba memberi layanan kepada pasangannya dan akan turuti kehendaknya seketika kerana hanya ingin hamil. Inilah yang dikatakan disfungsi seksual wanita. Selepas hamil dan melahirkan anak, dia akan kembali kepada perasaan asalnya tentang hubungan seksual dan berharap pasangannya akan kekal dengannya kerana anak. Selagi masalah yang terpendam ini tidak dapat penyelesaian maka rumahtangganya akan mengalami risiko perceraian apabila pasangannya tidak dapat menerima keadaan ini.

Masalah disfungsi seksual yang biasa di alami wanita tertumpu kepada empat perkara iaitu masalah dingin atau kurang keinginan syahwat, masalah rangsangan, masalah pencapaian orgasma atau gagal untuk mencapai kemuncak rangsangan seksual dan masalah sakit ketika bersetubuh.

# Nantikan fasa ke 3 ..

No comments: