26 January 2012

SEKSUALITI WANITA # 3


Fasa ketiga dalam seksualiti wanita adalah "DINGIN SEKS DAN KURANG DAYA SEKSUAL". Ini adalah kerana naluri daya seksual merupakan suatu kuasa yang mendorong seseorang itu berahi dan ghairah. Didapati 30% sebilangan wanita tidak mempunyai daya seksual sama sekali. Sebilangan besar wanita yang lain pula mengalami masalah kurang daya seksual dalam keadaan tertentu seperti semasa mengandung, selepas melahirkan anak, ketika memberi bayi susu badan, semasa dalam keadaan monopaus, ketika mengalami tekanan atau kemurungan dan pada bila-bila masa apabila perasaan dan emosi terganggu. Untuk sebilangan wanita yang lain pula perkara sekali sekala secara kronik.

Tanda-tanda kurang naluri dan daya seksual ialah tiada minat, keinginan, dorongan atau hasrat untuk melibatkan diri dalam hubungan kelamin dan juga tiada apa-apa perasaan atau khayalan seksual sama sekali. Walaubagaimanapun wanita suka berpeluk-pelukan dan perasaan cinta masih ada cuma yang tiada ialah keinginan atau keperluan untuk melakukan persetubuhan. Perkara ini boleh menimbulkan masalah kepada hubungan dengan pasangannya kerana ia akan merasa terasing dan tidak disayangi. Namun pada hakikatnya hubungan seksual adalah untuk mengeratkan keintiman antara suami isteri maka wanita yang mengalami masalah daya seksual perlu sedar dan perlu berusaha mengatasinya.

Keinginan dari segi seksual ialah daya yang mendorong kita melakukan sesuatu untuk memberi kepuasan apabila kita berahi. Walaubagaimanapun keinginan itu tidak kekal dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Ada banyak perkara yang menyebabkan wanita itu kehilangan perasaan seksual sama ada berpunca akibat masalah fisikal atau psikologikal atau kedua-duanya sekali. Sebahagian daripada sebab fisikal yang merendahkan keinginan seksual adalah rawatan perubatan, pembedahan, masalah gangguan hormon dan penyakit yang berkaitan seperti penyakit diabetes, jantung, urat saraf dan kemurungan. Perkara lain yang mempengaruhi daya keinginan seksual ialah perubahan kepada amalan merancang keluarga, keletihan, kelesuan, tekanan, gangguan perasaan, obesiti atau keterampilan diri yang kurang menarik, masalah hubungan dengan pasangan, pengalaman pahit seksual yang lampau dan akibat terlibat dengan amalan minum alkohol serta penggunaan najis dadah.

Kadangkala masalah tersebut berlaku akibat kebosanan seks atau mendapat perubahan tingkahlaku pasangan yang membosankan serta tidak menarik lagi akibat perangai serta perilakunya. Kurang kesempatan atau masa untuk memulakan dan melangsungkan hubungan intim juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keinginan syahwat. Setiap wanita sebenarnya mempunyai situasi unik yang menyebabkan dia mengalami masalah kurang daya keinginan seks. Jika dia tahu apa yang dialaminya adalah seperti masalah yang dijelaskan tadi maka dia dan pasangannya perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya daripada mendiamkan diri.

# Bersambung di fasa keempat ..

No comments: