27 January 2012

SEKSUALITI WANITA # 4


DINGIN ATAU GANGGUAN BERAHI adalah merupakan fasa keempat daripada 15 fasa dalam seksualiti wanita. Di dalam fasa ini, wanita sukar untuk mencapai perasaan berahi atau pun dikenali sebagai dingin. Ini sebenarnya berpunca daripada faktor fizikal atau psikologikal atau kedua-duanya sekali. Gangguan berahi mempunyai beberapa sebab. Ini terjadi ketika perasaan berasi seksual berlaku, beberapa perkara turut berlaku kepada tubuh badan wanita itu yang mungkin tidak disedarinya.

Clitoris (anggota kelamin wanita yang sensitif kepada sentuhan) akan mengembang dan menegang akibat kemasukan darah. Di samping itu tisu yang mengelilingi pembukaan faraj dan bibir kemaluan pula merenggang membuatkan ia lebih bersedia jika berlakunya persetubuhan. Corong faraj pula akan memanjang dan mengembang di penghujungnya untuk memudahkan kemasukan zakar semasa penusukan. Kelembapan akibat daripada cairan di corong faraj akan membantu untuk menyenangkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj. Ketika itu perasaan berahi seksual akan dialami oleh tubuh badan. Walaubagaimanapun, minda tidak dapat dan tidak boleh menghayati perubahan tersebut kerana kurang selesa. Perubahan lain yang terjadi ialah peningkatan kelembapan kepada faraj. Ini berlaku akibat tindak balas rangsangan seksual.
 
Sebaliknya terdapat wanita yang boleh menghayati perasaan berahi secara sendiri. Keadaan ini menjadi tekanan kepadanya kerana hanya dia sahaja yang mendapat keseronakan syahwat tanpa pasangannya. Perkara ini biasa berlaku kepada wanita yang terlibat dengan amalan merangsang anggota kelamin sendiri atau onani dan ketagih dengan perbuatan itu. Keberahian seksual perempuan adalah sama seperti yang dialami lelaki semasa lelaki mencapai ereksi. Ini memerlukan sistem vaskular yang mantap kepada anggota kelamin wanita supaya anggota kelaminnya atau vulva yang terdiri daripada clitoris, labia majora dan labia minora di bahagian antara vestibule mengembang. Perubahan ini tidak akan berlaku apabila sistem tersebut tergendala akibat penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan arteriosklerosis akibat plak kolesterol. Kerosakan urat saraf juga merupakan sebahagian daripada sebab yang mana sensasi berahi seksual tidak sampai dari anggota seksual ke bahagian otak yang mengawal tindak balas rangsangan.

Testosterone juga mustahak untuk mencetuskan perasaan ghairah. Apabila perasaan berahi tiada atau tergendala akibat masalah fizikal yang dijelaskan tadi, tindak balas rangsangan kepada anggota seksual kurang dan keadaan mungkin tidak sesuai untuk meneruskan hubungan penetrative. Wanita yang sedang bercumbu dengan pasangannya dan mendapati dirinya tidak merasa ghairah serta tiada perasaan berahi akan mula rasa tertekan. Kemungkinan sentuhan intim yang dilakukan oleh pasangannya itu tidak merangsangkan. Dalam keadaan yang tiada perasaan berahi itu, dia tidak dapat memberi apa-apa tidak balas kepada pasangannya. Jika diteruskan juga ia boleh mengakibatkan dinding faraj melecet dan keradangan. Ini boleh menjadi punca kepada ketakutan wanita untuk melakukan hubungan seksual di lain kali.

Kedaan ini akan berubah apabila wanita "memandu" pasangannya ke tempat atau bahagian tubuh badannya yang mencetuskan perasaan ghairah dan terangsang. Ini perlu dilakukan daripada mendiamkan diri dan tidak mendapat sebarang keseronokan malahan mendapat kesakitan apabila pasangannya melakukan hubungan penetrative dalam keadaan tiada rangsangan. Bagi wanita yang berumur pula lazimnya akan mengambil masa yang lama untuk mencapai rangsangan walaupun perasaan berahi mendadak tetapi responnya lambat dan kadangkala kelembapan faraj hanya sedikit. Perkara ini adalah disebabkan perubahan monopaus berada pada tahap paling rendah dan tidak dapat menyegarkan kulit serta mukosa anggota kelamin yang biasanya segar sebelum putus haid. Rawatan dengan terapi gantian hormon atau menggunakan bahan pelincir untuk merangsangkan pasangan akan membantu memulihkan keadaan tersebut.

# Ikuti fasa kelima selepas ini ..

No comments: