11 January 2012

WAKTU-WAKTU IJABAH


Waktu-waktu Ijabah adalah waktu Allah menjawab doa kita. Waktu ijabah ada enam iaitu:
  1. Sepertiga terakhir daripada waktu malam.
  2. Waktu azan dikumandangkan.
  3. Waktu azan dan iqamah.
  4. Selesai solat fardhu.
  5. Waktu imam naik mimbar hingga selesai solat pada hari itu.
  6. Pada waktuwaktu terakhir setelah solat Asar.
Selain waktu-waktu ijabah tersebut, harus pula diperhatikan adab dalam berdoa iaitu:
  1. Hati benar-benar merasa hadir dan bertemu dengan Allah SWT sehingga mampu menumpukan secara khusyuk.
  2. Merendahkan diri serta tunduk khusyuk ke hadratNya.
  3. Mengadap ke arah kiblat.
  4. Mengangkat tangannya kepada Allah.
  5. Harus dalam kedaan suci. Kalau boleh dalam keadaan berwudhuk.
  6. Memulainya dengan pujian kepada Allah misalnya membaca 'Alhamdulillah' kemudian membaca selawat ke atas Nabi.
  7. Sebelum menyampaikan keinginan, seseorang terlebih dahulu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.
  8. Mengajukan permohonan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.
  9. Berdoa dengan penuh harap dan takut, bertawasul kepadaNya dengan nama-nama dan sifat-sifatNya serta mengesakanNya.
  10. Mengeluarkan sedekah sebelum berdoa.
Sesungguhnya doa seperti itu hampir tidak ditolak lebih-lebih dengan rancangan Allah atau seperti yang dikatakan oleh Nabi. Doa tersebut akan mendapatkan ijabah (Allah menjawab doa-permintaan).

No comments: