31 January 2012

MESTI BACA !! PUTUS PUTING AKIBAT KEGHAIRAHAN TERLAMPAU


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 malaysia.

Putus puting akibat keghairahan? Itulah topik kali ini yang ingin dikongsi buat semua pembaca. Apakah yang dikatakan dengan keghairahan? Keghairahan ini boleh ditakrifkan sebagai tindakan nafsu atau keinginan yang amat berlainan dan berkecenderungan terhadap sesuatu tindakan. Keghairahan ini juga merupakan gerakan nafsu yang sensitif apabila kita membayangkan tentang sesuatu kebaikan atau kejahatan. Sebenarnya keghairahan ini berbeza mengikut haluan bergantung pada setiap gerakan atau usaha ke arah sesuatu tujuan itu. Inilah perkara yang telah berlaku sebenarnya.
 
Kejadian ini benar-benar mengejutkan kerana ia telah terjadi pada Amani. Amani memang seorang yang penuh dengan keghairahan dalam dirinya. Setiap tingkahlaku Amani memang sukar dijangka. Boleh dikatakan setiap hari keghairahan Amani ini semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan Amani membuat kesilapan di dalam dirinya dan ia akan menjadi suatu perkara yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayatnya apabila perkara ini diingatkan kembali. 

Itulah Amani yang merupakan anak kedua ariff. Baru berusia setahun sembilan bulan sudah mempunyai keghairahan yang terlampau. Dalam masa dua minggu sahaja sudah empat puting di gigitnya. Kalau satu puting berharga RM 2 tidak kisah la. Ini satu puting dah RM 8+. Bayangkan jika dua minggu dah empat puting, kalau sebulan dah tentu lapan puting putus di gigitnya. Nasib anak baba (ariff), kalau anak mama lain lak jadinya (faham-faham dah la - hehehe). Puting ni baba akan simpan untuk tunjuk pada Amani bila Amani dah besar nanti taw. Inilah kisah anak ariff yang mempunyai keghairahan terlampau.

Inilah puting yang putus di gigit Amani.

No comments: