01 February 2012

MESTI BACA !! SILAP MATA ATAU MATA SILAP


Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Post kali ini ariff ingin berkongsi cerita mengenai Silap Mata atau Mata Silap. Secara realitinya, dalam dunia silap mata (Magic), bukan mudah untuk mempelajari seni itu daripada orang lain kerana kebanyakan teknik silap mata ini  memerlukan keyakinan dan kemahiran yang tinggi dalam memanipulasikan sesiapa sahaja yang melihat persembahan ini sama ada dari jarak dekat atau jarak jauh.
Magic sebenarnya lebih berkaitan dengan kebijaksanaan dalam bidang sains. Istilah silap mata membawa makna yang menjelaskan kefahaman tentang seni khayalan atau tipu muslihat. Walau bagaimanapun, dalam memiliki ilmu tersebut terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan antaranya adalah kemahiran, kefahaman dan kebolehan mentafsir serta pertunjukkan yang menarik.
Ini adalah Ahli 'Silap Mata'
























Secara dasarnya silap mata yang pernah kita tonton selama ini agak sama malah ada ketikanya setiap penonton yang melihat akan menjerit atau memuji dan juga memerli setiap kesilapan yang jelas kelihatan di mata kasar mereka. Sebenarnya ahli silap mata harus bijak menyesuaikan diri di mana sahaja mereka berada. Dengan itu, imej ahli silap mata akan berubah menjadi seorang yang luar biasa dan memukau para penonton yang melihatnya.
Baiklah, bagaimana pula yang dikatakan dengan Mata Silap pula? Bagi ariff jika silap mata lebih berkaitan dengan kebijaksanaan dalam bidang sains, mata silap pula bagi ariff adalah berkaitan dengan kesederhanaan, kekurangan dan kejadian yang dibuat-buat atau kejadian yang tidak dapat dielakkan. Untuk itu di sini ariff ingin tunjukkan bagaimana rupanya mata silap itu. Dengan ini ariff ingin tunjukkan suatu perilaku yang dilakukan oleh anak buah ariff iaitu Ahmad Furqan Syirazi berkaitan dengan mata silap. Gambar di bawah menghuraikan segala persoalan tentang mata silap yang dilakukan oleh Ahmad Furqan Syirazi.

Ini adalah Ahli 'Mata Silap'

No comments: