25 January 2012

SEKSUALITI WANITA YANG PERLU ANDA TAHU


Seksualiti ialah anugerah Tuhan kepada kita sebagai manusia yang berperasaan dan yang mempunyai kehendak tersendiri. Adakah anda menyedarinya? Apakah yang dikatakan dengan seksualiti wanita? Jangan kata lelaki sahaja yang tidak tahu tentangnya malahan wanita sendiri ada yang tidak mengetahui apakah yang dikatakan seksualiti wanita. Baiklah, di sini ariff ingin berkongsi maklumat dengan anda semua apakah yang dikatakan dengan seksualiti wanita.

Seksualiti adalah proses pengenalan dan kesedaran diri seseorang individu baik lelaki atau wanita. Proses ini bermula pada peringkat bayi lagi sehingga dewasa dan ke lanjut usia tua. Seksualiti ialah anugerah Tuhan kepada kita sebagai manusia yang berperasaan dan yang mempunyai kehendak tersendiri. Jadi, seksualiti itu tidak sama dengan mana-mana individu dan jantina.

Sebahagian daripada proses seksualiti ialah pengenalan tentang kehendak syahwat dan naluri seksual, hubungan kelamin, kesihatan seksual dan tanggungjawab seksual. Seksualiti manusia berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada pengenalan, pengalaman, pendedahan, pendidikan serta pengalaman yang ditimba. Seksualiti ini berada di dalam kawalan kesihatan serta dipengaruhi oleh amalan gaya hidup yang sihat dan sebagai pencegahan daripada penyakit yang boleh mempengaruhi fungsi syahwat juga naluri.
 
Setiap wanita mempunyai tahap seksualiti yang tersendiri dan tidak sama di antara satu sama lain walaupun dari asalnya semua wanita mempunyai perasaan, keperluan dan kehendak batin, syahwat serta naluri. Bukan semua wanita dapat memenuhi hasrat atau hajat seksualnya dan sebilangan besar daripada mereka menerima hakikat tersebut tanpa membuat apa-apa.

Jadi tidak hairanlah jika ariff katakan ada kajian tentang seksualiti manusia memberi unjuran yang lebih tinggi untuk wanita yang mengalami masalah disfungsi seksual daripada lelaki tetapi yang lebih mendapat perhatian dan keprihatinan ialah kaum lelaki. Tindakbalas rangsangan wanita atau dipanggil isteri itu berhasrat untuk menikmati rangsangan seksual, anggota syahwatnya berubah secara positif dan bersedia untuk berinteraksi. Ini berlaku apabila proses rangsangan seksual tercetus dengan peningkatan perjalanan darah ke dalam anggota tersebut. Bibir besar dan kecil akan mengembang dan pembukaan faraj kelihatan lega. Keadaan ini menjadi lebih mantap apabila perjalanan darah bertambah laju disebabkan peningkatan tekanan bersama degupan jantung yang secara langsung mengakibatkan tisu pengembang anggota kelamin akan mengembang manakala selaput mukosa faraj juga mengembang dan lembap. Keadaan ini dikenali sebagai fasa rangsangan.

Selain fasa rangsangan, seksualiti wanita mempunyai beberapa lagi fasa, di antaranya :
  1. Fasa Rangsangan
  2. Disfungsi Seksual Wanita
  3. Dingin Seks dan Kurang Daya Seksual
  4. Dingin atau Gangguan Berahi
  5. Anorgasma (kemuncak rangsangan seksual)
  6. Dispareunia (sakit semasa melakukan seks)
  7. Vaginismus (cengkaman otot)
  8. Mantapkan Kesejahteraan Seksual
  9. Penjagaan Kesihatan Seksual
  10. Anggota Seksual Wanita
  11. Kawalan Fungsi Anggota Seksual
  12. Libido (perasaan syahwat)
  13. Gaya Hidup Sihat
  14. Tahap Kesihatan
  15. Kesihatan Mental
Untuk mengetahui apakah yang dikatakan dengan fasa-fasa yang terdapat dalam seksualiti wanita ini, pastikan anda terus bersama belog ariff sham kerana setiap fasa ini ariff akan kupas satu persatu. Anda juga boleh follow ariff di belog ini atau di FanPage atau di Twitter bagi mendapatkan bermacam-macam informasi yang amat berguna dan bermanfaat. Bukan Sekadar Belog : Share & Tweet. Bersambung di fasa yang lain ..

No comments: